Sunday 26 May 2013

Kasih sayang anak terhadap ibu :')


“Pang,Pang,” Bunyi gelas jatuh dari atas meja.Dazreen tergumam.Dia melihat kamar ibu nya.Tangan Ibunya ternyendeng-nyendeng.Mulut ibunya senget.Dia tidak mampu untuk bercakap dan berkata apa-apa.Dia hanya mampu melihat.Hanya perkataan “Aaaaaa..Ooooo” sahaja yang di sebut.Ibu Dazreen terkena strok dari minggu lepas.”Ya Allah,apa lagi dugaan yang menguji ke atas diriku ini?” bisik hatinya.

“Ibu,nak air?”Tanya Dazreen.Ibunya hanya mengganguk kepalanya.Serta-merta,Dazreen mengisi  air ke dalam gelas tersebut.Dazreen terus menyerahkan gelas tersebut kepada ibunya.Ibunya meneguk air tersebut dengan pantas seolah-olah orang kepanasan yang memerlukan air untuk di minum.
“Ibu,saya ada kerja yang perlu di lakukan,saya pergi dulu ya ibu?”Dazreen  mahu meninggalkan bilik ibunya.Wanita lumpuh memegang tangan Dazreen.Wajah wanita yang meningkat tua berubah menjadi sedih.Dia seolah-olah ada perkara yang hendak di beritahu tetapi tidak berdaya.Mulutnya tidak mampu berkata apa-apa.Dazreen faham benar perasaan ibu.Dia tahu mungkin ibu menyesal atas perbuatan dia terhadap Dazreen dahulu.
***
Suara Afiqah melenting apa bila dia mendapat tahu bahawa Eein , anaknya dipukul oleh Dazreen di sekolah.Afiqah memarahi dan memukul secukupnya.Darah Afiqah semakin naik.Dazreen hanya mampu menangis sahaja atas perbuatan ibunya sendiri.

“Kalau kau mengadu kepada bapa kau,siap kau nanti aku kerjakan,” Afiqah beri amaran.

Dazreen mengerti dan terus menangis.Dia tidak mampu berfikir apa-apa.Eein adiknya,hanya mampu tersenyum bila abangnya dipukul teruk oleh ibunya.Banyak persoalan yang berlegar-legar pada fikiran Dazreen.”Adakah aku hanya anak angkat?”bisik Dazreen.Dia menggeleng-gelengkan kepalanya.Banyak benda yang perlu di fikirkan iaitu Ujian Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang di hadapi pada waktu itu.

Hati kecil Dazreen sedih melihat perbuatan ibunya sejak dia kecil lagi.Dia masih kurang kasih saying daripada ibunya.Setelah ibunya tahu dia akan mengandung,Afiqah tidak ambil peduli tentang Dazreen ketika usia 3 tahun.Dia menjaga Dazreen seperti member makan kepada seekor kucing di tepi jalan.Hal pemakanan dan pengurusan diri,semuanya dilakukan oleh Dazreen sendiri.Bapanya,Alif tidak ambil peduli tentang anaknya.Dia lebih suka lebih tumpukan kepada hal pekerjaanya.Bapanya itu juga jarang berada di rumah.Pada masa itu,Dazreen selalu di buli,mengerah kerja yang berat seperti mencuci baju,mengemop lantai dan sebagainya sehinggakan ibunya, Afiqah melahirkan adiknya,Eein.

Selepas Eein meningkat alam persekolahan rendah,Dazreen dikerah oleh ibunya untuk melakukan pekerjaan di rumahnya.Eein pula seronok apabila Dazreen di buli oleh ibunya.Eein juga suka mengusik abangnya,Dazreen dan suka mengadu jika Dazreen melakukan kesilapan sama ada sengaja atau di sengajakan.Usia Dazreen pada masa itu belum matang dan mudah melatah berbanding adiknya Eein.Apabila keputusan Eein merosot,Afiqah bukan memarahi Eein bahkan Dazreen di persalahkan.

Hal ini demikian kerana Afiqah menganggap  Dazreen tidak bertanggungjawab mengajar adiknya supaya mendapat  keputusan cemerlang.Dalam hati Dazreen pernah berbisik untuk lari daripada rumah itu.Disebabkan Dazreen terlalu sayang ayahnya,dia membatalkan niat buruknya itu.Dazreen tidak mahu ayahnya tahu sikap ibunya terhadap dirinya kerana dalam dia semenjak dia bayi lagi.
***
Tanggal 31 Disember 2012,kehidupan dan penderitaan Dazreen telah berubah.Tiada lagi penderitaannya ditanggungnya sebelum ini tetapi dia menghadapi kesusahan apabila ibu bapanya di timpa kemalangan yang teruk.Bapanya ,Aiman meninggal dunia akibat kecedaraan parah di kepala dan badannya.Ibunya,Afiqah masih dalam keadaan koma dan tidak sedarkan diri.Beberapa minggu kemudian,Doktor telah mengesahkan ibunya,Afiqah telah lumpuh sepanjang hayatnya.Berita itu membuat Dazreen berasa sedih kerana dia belum dapat kasih sayang seorang ibu.Eein pula seolah-olah tidak dapat menerima hakikat bahawa ibunya lumpuh sepanjang hayat.
“Apa salah ibu?Kenapa ibu jadi seperti begini?Semuanya salah kau,Abang Dazreen.Kalau ibu dan ayah tidak pergi ke Melaka untuk membeli kamera yang kau minta kat ayah,semua ini tidak akan berlaku.Kematian ayah juga ini semuanya gara-gara kau!!”Nada Eein semakin tinggi.Kepala Eein semakin berserabut.Semenjak Ibunya,Afiqah menjadi lumpuh,Eein terus lari dari rumah.Mujurlah kawan baik Dazreen,Alif dapat memujuk Eein untuk pulang ke rumah kerana ibunya terlalu rindukan Eein.Semasa Eein berjumpa dengan ibu, hati Eein berubah.Mungkin dia sudah terlalu lama menumpang ruma sewa kawannya yang tidak tahu sama ada buruk ataupun baik akhlaknya.Wajah ibunya tersenyum melihat anak yang disayanginya berada depan nya.Eein duduk bersebelahan ibunya.Dengan senang hati,tangan ibunya terbuka luas walaupun tangannya bengkok sedikit.Wajah Eein menunjukkan wajah gelid an jijik kepada ibunya.Ibunya,Afiqah mahu memeluk Eein kerana terlalu rindukan anaknya tetapi Eein menjauhinya.
“Tak payahlah nak peluk Ein,ibu.Eein sudah besar,bukan budak kecil lagi bu”kata Eein lalu mengubah kedudukan kerusi daripada mendekati ibunya.
“Eein,ibu terlalu rindukan kamu nak.Izinkan ibu untuk memeluk kamu.Hanya sebentar sahaja.”Afiqah,ibunya merayu dengan penuh simpati terhadap anaknya.
“Tak apalah,Eein dating sini hanya ingin melihat keadaan ibu.Ibu,bagaimana?Sihat?Ada apa-apa yang boleh Eein tolong?Kalau ibu mahu peluk,Eein tak mahu disebabkan keadaan ibu begini dan tidak seperti dulu lagi.”hati Afiqah runtuh bagaikan kilat menyambar dirinya.Satu-satunya anak kesayangannya di dunia ini sanggup tidak melepaskan rindu terhadap ibunya.Afiqah tidak berputus asa dengan merayu dan merayu.Hanya permintaan itulah Dazreen menyuruh Alif Eein berjumpa dengan ibu.
“Sudahlah!Lebih baik Eein balik rumah kawan Eein lagi bagus.Daripada melayan ibu tidak habis –habis meminta peluk daripada  Eein. Dah!Selamat tinggalBuang masa aje aku dating ke sini..puii!”Eein meninggalkan kamar ibunya dengan meluat dengan karenah ibunya yang tidak putus-putus merayu kepadanya.Afiqah menjerit nama anaknya berulang kali supaya jangan pergi sehingga Afiqah terjatuh dari katilnya.Pada masa itu,Dazreen baru sahaja selesai  persekolah yang kini menghadapi  Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) .Dazreen dari jauh mendengar suara ibu seolah-olah  menjerit nama “EEINNN”.Eein bersiap -siap untuk keluar dari rumah tersebut.
“Nak ke mana,Ein?”Dazreen menyoal.Eein tidak berkata apa-apa.Dazreen lantas melihat keadaan ibunya.
“Ya Allah!Ibu …“
***
Afiqah masih tidur dalam keadaan nyenyak .Afiqah terjaga apabila Dazreen cuba menggerakkanya.Afiqah membuka matanya.Afiqah berasa salah dan kasihan terhadap Dazreen kerana dialah tiap-tiap hari  menjaganya dan memandikannya. “Ya Allah,Berdosanya aku terhadap anakku,Dazreen”hatinya berbisik.Sebenarnya,dia masih berharap bahawa anak yang  kurang di sayangi menjaganya dengan penuh kasih sayang.
“Dazreen harap ibu jangan tolak pemberian  Dazreen terhadap ibu.” Ibunya masih tertanya-tanya maksud tersirat anaknya,Dazreen.Alangkah terkejutnya,Afiqah melihat kerusi roda bersembunyi  di sebalik pintu kamarnya.Fikiran Afiqah terngiang-ngiang . “Dari mana anakku dapat duit untuk membeli kerusi roda untukku?Dia ada simpanan ka?”apakan daya,Afiqah tidak boleh bercakap.
“Ibu mesti seronok,kan?  Dapat kerusi roda.Dazreen dapat bawa ibu jalan-jalan di luar ,menghirup udara segar di luar,tidak berkurung di dalam bilik saja.” Wajah kegembiraan ibu tiba-tiba berubah.
“Ibu,jangan risau.Dazreen tidak mencuri.Dazreen cari duit sendiri,ibu.”Afiqah terharu mendengar penjelasan Dazreen lalu Dazreen menyambung percakapannya.”Ibu,Dazreen berasa senang kerana Dazreen dapat kasih saying sepenuhnya daripada ibu.”Tidak lama kemudian,beberapa titisan air mata Afiqah mengalir membasahi pipi.Dia tahu selama dia menjaga Dazreen sejak kecil,Dazreen masih dahagakan kasih saying seorang ibu.Mereka berdua terus berpelukan sambil mengesat air mata.
***
Dazreen baru sahaj balik dari sekolah dengan menaiki basikal.Apabila dia masuk ke rumahnya,dia terkejut rumahnya berselerak.Semua almari telah diselongkarkan.Semua bilik berselerak dengan bertaburan kertas-kertas  di lantai.”Apa yang sudah berlaku?” Ikmal masih kebingungan.Anehnya,almari ibunya juga di selongkar.Habis barang kemas milik ibu,Afiqah diberkas.”Siapa punya angkara ini?Mungkin perompak.Aku perlu buat laporan pihak polis,” kata Dazreen dengan tekad.Ibunya mahu  berkata sesuatu kepada Dazreen.Tetapi,Dazreen keluar dari bilik ibunya dengan serta merta.
“Kerusi roda itu juga di berkasnya!Tak guna!Bangsat!”Dazreen mula mengeluarkan kata-kata kesat.
“Assalamualaikum,Dazreen.Balik juga kamu ni.” Haikal muncul dengan tiba-tiba.
“Tadi saya lihat Eein datang ke rumah ini!Kecoh rumah ini dibuatnya.Suara Eein saya dengar kat luar.”
“Apa?” Eein marah melenting kepada ibu?Kurang ajar!Bermakna semua barang dalam almari di curi oleh dia.Habis semua barang kemas,duit dan kerusi roda ibu di berkas.Tak boleh jadi ni.Alif,kau tunjuk di mana rumah kawan Eein.Biar aku bagi pengajaran cukup-cukup.” Alif menahan sabar.Dia menyuruh Dazreen beristighfar dan tidak perlu bertindak terburu-buru.
Setelah Alif dan Dazreen mennyiasat perkara yang sebenar yang dilakukan oleh Eein,Dazreen sudah dapat menjangka bahawa adiknya itu melakukan perkara-perkara yang tidak elok.Dia sudah mula terjebak kepada najis dadah.Mungkin kegiatan tersebut mudah terpengaruh daripada rakan sebaya.Benda-benda yang dicuri  dalam rumahnya hanyalah hendak membeli pil-pil khayal ,dadah.Dazreen tidak tahu bertindak apa-apa.Dia hanya berdoa bahawa adiknya,Eein kembali kepada pangkal jalan.
***
Ramai  pelajar-pelajar di Sekolah Menengah Ayer Keroh,Melaka memandang serong terhadap Dazreen.Satu sekolah mendapat tahu bahawa adiknya,Eein adalah seorag penagih dadah termuda.Mujurlah,rakannya,Alif memberi semangat dan dorongan terhadap Dazreen.Seorang pengawas datang ke kelas 5 Pejuang dan memanggil nama Dazreen.Menurutnya lagi,guru Matematinya,Cik Fazlina mahu berjumpa dengan Dazreen.Dazreen lantas pergi ke bilik guru.Hatinya tiba-tiba gerun.Fikirannya masih tertanya-tanya tujuan sebenar gurunya mahu berjumpa dengannya.
“Sejak akhir–akhir ini pencapaian kamu dalam matematik merosot dan kamu sering tidak hadir ke kelas tambahan saya pada setiap petang.Kenapa,Dazreen? Cik Fazlina masih tersenyum menyoal perkara tersebut kepada Dazreen.Dazreen masih termenung panjang.Dia akui bahawa dia tidak hadir ke sekolah  kerana banyak masa dipenuhi di rumah.Dazreen terpaksa memberitahu perkara yang sebenarnya bahawa dia menghabiskan masanya  bersama ibunya.
“Ibu awak lumpuh,kan?”
Dazreen hanya mengangguk kepalanya.Cik Fazlina berasa simpati  lalu dia menyuruh Dazreen kembali ke kelas.Cik Fazlina lantas menelefon pihak kebajikan masyarakat.
***
Dazreen  berhenti mengayuh basikal di depan rumahnya.Dia berasa pelik.Terdapat tiga buah kereta berada di hadapan rumah papannya.Dazreen masuk kerumah dan terkejut beberapa orang pegawai daripada pihak kebajikan masyarakat datang ke rumahnya.Dia menyumbang dua kampit beras,minyak masak,dan beberapa keperluan yang lain.Selain itu,pegawai tersebut menyumbang sebanyak RM 500.Menurut pegawai tersebut,keluarga Dazreen layak mendapat  sumbangan daripada pihak negeri  sebanyak RM 400 sebulan.Dazreen terasa terharu dan berterima kasih.Dia tertanya-tanya ,kenapa sekarang pihak kebajikan member sumbangan?Dazreen berasa bersyukur kerana sebuah kerusi roda sumbangan kerajaan negeri telah disumbangkan kepada ibunya,Afiqah.
***
Sudah tiga bulan berlalu,Eein masih belum pulang ke rumah.Rindu Afiqah terhadap anaknya,Eein semakin bertalu-talu.hatinya selalu sedih.Afiqah yang berkerusi roda itu terbatuk-batuk tanpa henti .Wajahya pucat.Mungkin rindukan Eein yang sudah lama tidak pulang ke rumah.
“Eein,dimana kamu nak?Kamu langsung tidak berjumpa dengan ibu.Ibu rindukan kamu…,”Hati Afiqah berbisik dengan nada rendah.Anak yang disayanginya langsung tidak datang melawat.Daun kelapa jatuh ke bawah akibat derasan angin kencang.Namun,Dazreen memberi  semangat dan dorongan kepada ibunya.Dazreen sudah puas meminta Alif untuk mencari  adiknya,Eein di rumah-rumah kawan malangnya,tidak di jumpai.Eein juga sudah beberapa kali ponteng sekolah.Walaupun surat amaran sudah sampai di rumahnya,namun tidak berguna.Akhirnya pihak sekolah memutuskan Eein digantung sekolah selama 2 bulan.
***
Tanggal 21 Mac 2012,tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) telah keluar.degupan jantung Dazreen berasa kencang .Selama ini,Cikgu Fazlina lah selalu member dorongan dan motivasi terhadap Dazreen supaya tumpukan sepenuhnya kepada pembelajaran  sejak dia leka menjaga dan merawat ibunya.Setelah Cikgu Fazlina memberitahu atas keprihatinannya terhadap keluargannya dan memberitahu pihak kebajikan,Dazreen bertekad untuk belajar bersungguh-sungguh untuk mengubah nasib keluarganya walaupun sedih tiada Eein di sisinya.Ramai pelajar SPM beratur mengambil slip keputusan masing-masing.Setelah sampai giliran Dazreen,Cikgu Fazlina tersenyum melihat Dazreen.
“Tahniah,Dazreen!Cikgu berbangga dengan kamu.”Cikgu Fazlina menyerahkan slip keputusan kepada  Dazreen.Mata Dazreen terkaku.Dia memerhatikan semua gred pada setiap subjek.”Ya Allah,terima kasih….”
Wajah kegelisahan Dazreen bertukar menjadi wajah ceria.Dia berjaya mendapat 10A dalam SPM.
“Terima kasih kerana member tunjuk ajar dan semangat untuk bangkit semula daripada kekalahan.Mesti ibu gembira melihat keputusan ini.Ibu Dazreen ingin sangat berjumpa dengan Cikgu sebab Cikgu banyak tolong saya dengan ibu…,” Dengan wajah ceria dia memohon sesuatu.
Walaupun berat untuk menunaikan hasrat ikmal kerana banyak tugas yang perlu dilakukan,namun cikgu Fazlina tiada masalah untuk berjumpa dengan ibu Dazreen yang kini sedang sakit dan terbaring,tidak duduk dan tidak bergerak..
Setelah sampai di rumah Dazreen,Dazreen lantas pergi ke ruang tamu tempat ibu terbaring.Wajah Afiqah tersenyum melihat leputusan SPM Dazreen dengan mengeluarkan beberapa titisan air mata.
“Ibu,inilah Cikgu Halimah yang banyak meolong kita..” Cikgu Fazlina masih belum muncul di depan muka pintu lagi.Wajah Afiqah dengan mulut ternyendeng ke pipi kiri melihat ke muka pintu.Cikgu Fazlina dengan berpakaian baju kurung biru melihat keadaan ibu Dazreen.Mata Cikgu Fazlina tidak berkelip-kelip memandang wajah ibu Dazreen yang lumpuh itu.Mata Afiqah juga kaku melihat Cikgu Fazlina berdepan dengannya seolah-olah mereka saling mengenali satu sama lain.Beberapa minit kemuadian,Cikgu Fazlina keluar dari rumah tersebut dengan perasaan kecewa.Dazreen kehairanan.Wajah Afiqah berubah.Afiqah masih lagi kecewa dengan peristiwa kejadian yang telah berlaku dua puluh tahun sebelumnya.
*
Satu simbahan air botol ke muka Afiqah yang di lemparkan oleh Fazlina.Kemarahan Fazlina meruap-ruap.Perasaannya tidap dapat dikawal.Bukan pertama kali Fazlina melihat suaminya,Aiman bersama wanita yang di gelar Afiqah.Fazlina tidak boleh berdiam diri.Perasaan marah dan sabar tidak mampu di kawal.Orang ramai di restoran tersebut ramai melihat kejadian tersebut.
“Imah,kenapa ni?Malulah dengan orang kat sini,”Aiman kawal sifat malunya.
“Malu?Yang abang berkepit dengan betina ni tak tahu malu ke?Apa semua ni,bang?”Suara Fazlina semakin tinggi.
“Abang boleh jelaskan tetapi bukan di sini Faz,”Aiman cuba meredakan api kemarahan Fazlina.
“Heyyyy,perempuan,kau ni dah takde laki lain ke nak ambik?Laki orang juga kau pilih,HAH?”Suara tinggi Fazlina mengejutkan orang ramai yang menjamah makanan di restoran tersebut.
“Eleh,laki dia yang gatal pilih aku.Ada aku kisah???” Afiqah menjawab.
“Tak guna,” Fazlina terus menarik rambut Afiqah dengan perasaann geram dan timbullah kekecohan di restoran tersebut.Akhirnya,Aiman terus menampar Fazlina sehingga terjatuh ke lantai.
“Kalau beginilah sikap awak!Abang ceraikan kau dengan talak dua,”Jantung Fazlina berdegup kencang setelah mendengar lafaz cerai suaminya berhadapan dengan orang ramai.Setelah peristiwa tersebut,kehidupan Fazlina berubah.Semua kenangan manis bersama suaminya sudah terpadam termasuk anak sulungnya.tiada kata putus yang mengukuhkan perbicaraan hak penjagaan anaknya setelah suaminya,Aiman telah berkahwin dengan Afiqah.Ketika itu,Fazlina masih belum bekerja.Dia masih sedang mengikuti pelajaran ijazah untuk semester akhir.Saat anaknya diambil oleh Aiman,perasaanya sentiasa tidak aman,sentiasa dibasahi dengan serba salah,rindunya bertalu-talu,Fazlina pernah mencuba mencari anak kandungnya itu malangnya,keluarga baru Aiman telah berpindah tanpa memberi  jawapan.Dia diterima bekerja sebagai guru selepas tamat ijazah.
**
Ukiran tulisan cakar ayam yang ditulis oleh ibu Dazreen  di atas memberi segala jawapan yang  Dazreen masih belum mengetahui  kisah silam ibunya.
“Tolong jangan bencikan ibu.Ibu tak ada siapa-siapa lagi,”Ukiran yang terakhir di tulis oleh Afiqah.
Air mata Dazreen terus mengalir membasahi pipi.Walaupun hatinya mahu menampar dan memukul  ibu angkatnya yang sedang lumpuh dan hampir nazak,tetapi niatnya mahu simpan sedalam-dalamnya kerana dia masih sayangkan ibu.Dia telah menjaga ibunya dengan penuh kasih saying.tidak mungkin kerana disebabkan peristiwa masa lampau,dia mahu membalas dendam.Biarlah dendam itu terkubur.Tidak lama kemudian,satu panggilan telefon bordering.Dazreen mengangkat telefon dan ketika dia mendengar suara panggilan itu,wajahnya berubah  dengan berkata “Eein ibu….” Hati Afiqah kucar- kacir ,kenapa dengan anakku Eein?Apa yang berlaku terhadapnya??Hati Dazreen rasa serba salah untuk memberitahu tingkah laku Eein selama ini.
Sampai sahaja Hospital Tengku Zaharah,Dazreen lantas pergi ke wad kecemasan.Terlihat Fatin dan Alif,rakan rapat Eein di luar bilik tersebut.Alif tidak memberi apa-apa respons kerana doctor sedang memeriksa keadaan Eein di dalam.Beberapa minit kemudia,seorang doctor telah keluar dari bilik tersebut dan wajahnya amat mendukacitakan.Dazreen hanya ternganga  dan termangu setelah doctor memberi penjelasan terhadap adik tirinya,Eein.Air mata Aina mengalir membasahi pipi.Manakala Alif  berpaling ke atas siling dengan keadaan hampa.Dengan keadaan hospital yang sunyi,tiba-tib,a ada seorang pesakit yang di bawa oleh beberapa jururawat lelaki dan perempuan.Ternyata seorang wanita yang sudah berumur ,yang memakai  tudung terserot-serot akibat kecelakaan kepala.
“Ya Allah,Cikgu aku!” Bisik Dazreen dengan nada terkejut.
***
Wajah Fazlina yang pucat dan kepalanya dibalut separuh akibat kemalangan teruk.Dia cuba teringat kejadian kemalangan yang ditimpa semalam.Fazlina memandu kereta dengan keadaan marah setelah mendapat tahu ibu Dazreen adalah musuh ketat zaman silamnya,iaitu Afiqah,isteri kedua kepada suaminya,Aiman selama 15 tahun.Betapa hancurnya hati seorang wanita yang kehilangan segala-galannya.Kini dia belum berniat untuk membina rumah tangga lagi.Menjadi tanda tanya,di manakah anak kandungnya yang dirampas oleh Aiman bersama Afiqah.Adakah anak murid yang diberi sepenuh perhatian iaitu Dazreen adalah anak kandungnya adalah anak kandungnya yang dicari selama ini?Tiba-tiba sahaja kepala Fazlina bingit.Tanpa disedari Dazreen masuk ke wad tersebut.Baru sahaja dia berfikir tentangnya,dia muncul dengan tiba-tiba.
“Assalamualaikum,cikgu….Bagaimana keadaan cikgu??”Dazreen bertanya dalam keadaan senyum.
“Eh Dazreen,Cikgu tidak apa-apa.Bagaimana kamu tahu cikgu ada di sini?Ada sesiapa beritahu kamu kah?” Fazlina bertanya dengan musykil.
“Adik saya sakit,cikgu.Dia dipukul oleh rakan-rakanya.Adik saya berhutang.Dia penagih.Rakan-rakanya memukul dia dengan besi dan kayu sampai lumpuh.Tidak boleh bergerak-gerak seperti dulu,” jelas Dazreen yang masih teringat penjelasan doktor semalam.
“Kasihannya…adik  kamu tu masih di hospital?”tanya cikgu.
“Ya”
“Cikgu,….kenapa cikgu boleh kemalangan?”
“Tak ada apa-apa,Ikmal.Kemalangan biasa je.Pergilah melawat  adik kamu yang sedang sakit.Cikgu rasa adik kamu lagi tenat  daripada cikgu,”
“Cikgu,…….saya ada satu benda  nak tanya kepada cikgu?”
Wajah Fazlina berubah. Dahinya berkerut.
“Kenapa cikgu lari daripada berjumpa dengan ibu saya?”
Mulut Fazlina terkunci.Tiada jawapan yang diucapnya.
“Adakah Cikgu membenci melihat ibu saya yang lumpuh itu?”
“Tidak,bukan begitu,Dazreen”Fazlina menafikannya.Air mata Fazlina serta-merta keluar mengalir ke pipinya.Dazreen cuba mendekati Fazlina dan menyentuh tangan Fazlina.Hati Fazlina gerun dan merasai sesuatu perasaan yang belum di rasai selama ini.
“Dazreen tahu segala-galanya,cikgu.Cikgu ada hubungan  dengan ibu saya,kan?Ibu sudah cerita  segalanya…tetapi boleh tak,cikgu jangan benci dengan ibu  Dazreen.Dialah satu-satunya ibu Dazreen yang Dazreen kenal sejak kecil.Dazreen sangat sayang pada ibu Dazreen,cikgu.Tolong  maafkan dia…cikgu”nada suara Dazreen  yang rendah dan penuh simpati.Dengan rasa lemah-lembut,Halimah mengangguk kepalanya.
“Cikgu,…boleh tak,Dazreen  panggil cikgu……mama…?
Hati Fazlina tersentuh dan sebak apabila anak murid yang  disayanginya memanggil dia “Mama”.
“Ya Allah,setelah sekian lama,aku mencari anakku yang menghilang tanpa berita …akhirnya telah aku jumpai…terima kasih,nikmat Allah ,” Halimah bersyukur dengan ketentuan-Nya.
**
“Ibu…,”suara Eein meronta-ronta memanggil ibu.
“Sabar,Eein.Tidak lama kemudian,kita akan tiba ke rumah awak.,”Aina masih berada di sisinya.Ayah Aina membawa Eein dengan menaiki kereta .Tidak lama kemudian,kereta tersebut berhenti kerana tayar  kereta pancit dan pecah.Ayah Aina mengambil masa lama untuk menukar tayar  yang baru.Apabila Aina masuk ke dalam kereta ,dia terkejut  bahawa Eein  hilang dalam kereta itu.
“Ayah,Eein hilang!Macam mana ni?” Fatin rasa gelisah .Mata ayahnya mencari merata tempat akhirnya dia terjumpa Eein di semak samun ,dalam keadaan mengesot kerana Eein tidak dapat  berjalan dan lumpuh.Dia berjalan dalam keadaan mengengsot.